Melayu LanguageSelamat datang ke Gill Payne Partnership Ltd. Sebahagian besar laman sesawang kami adalah dalam Bahasa Inggeris walau bagaimanapun, kami telah menyediakan halaman ini dalam Bahasa Malaysia untuk memberikan anda ringkasan dan contoh perkhidmatan kami dalam Bahasa Malaysia untuk memudahkan anda lebih memahami bagaimana kami dapat membantu organisasi anda.

GAMBARAN KESELURUHAN PERKHIDMATAN TERAS KAMI

Gill Payne Partnership Ltd menyediakan pelbagai latihan kemahiran dan kelayakan untuk pelanggan di dalam pelbagai sektor industri di seluruh UK, Eropah dan Asia.

Kursus latihan, program dan kelayakan kami disampaikan dalam Bahasa Inggeris (dengan penterjemah jika perlu namun, jarang berlaku) melalui latihan berkumpulan, bimbingan, pembelajaran dalam talian dan kaedah pembelajaran campuran (secara bersemuka yang disokong dengan bahan dalam talian).

Kursus latihan dan program kami boleh menjadi penyelesaian generik atau program yang disusun khas. Kami juga menyediakan kursus di peringkat antarabangsa untuk penyedia latihan lain yang berpangkalan di UK dan luar negara.

Kami diiktiraf oleh kedua-dua City and Guilds of London dan ILM (Institute of Leadership and Management).

Kami juga diiktiraf dalam Pemprofilan Psikometri dan Tingkah Laku oleh Thomas International dan menyediakan perkhidmatan ini menggunakan ujian dalam talian dalam lebih daripada 70 bahasa dan juga dapat menghasilkan laporan lengkap dalam banyak bahasa.

Sektor industri yang kami banyak terlibat termasuk:

  • Penjanaan Kuasa, transmisi dan pengedaran;
  • Penapisan Minyak;
  • Bahan Kimia;
  • Kejuruteraan Awam;
  • Kerajaan Tempatan;
  • Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan;
  • Perlumbaan Kereta (F1);

Senarai di atas tidak terbatas, ia hanya memaparkan sektor industri utama yang mementingkan kualiti kerja kami.

Untuk memberikan anda gambaran jelas apa yang kami telah laksanakan dan di mana, kami telah menjayakan program-program berikut:

  • Program Latihan Pengurusan Bertauliah kepada lebih 100 perwakilan sebuah syarikat milik Amerika, yang berpangkalan di UK dan bandar lain di seluruh Eropah. Program ini diselaras dan dilaksanakan oleh kami melibatkan kumpulan pelbagai kewarganegaraan meliputi pelbagai lokasi termasuk Geneva, Stockholm, Ipswich dan lokasi lain di UK bagi setiap modul..
  • Program Pengurusan Kontrak berpiawai kami selama 5 hari untuk pengurus kontrak dan projek di dalam industri tenaga dan dilaksanakan di Probolingo, Indonesia. Kursus ini meliputi seluruh syarikat penjana kuasa, utiliti awam dan minyak dan juga dilaksanakan di beberapa lokasi di seluruh Eropah.
  • Latihan Sistem Pengurusan Kecekapan untuk delegasi dari pelbagai lokasi, dilaksanakan di Malaysia.
  • Pembangunan Berpasukan melibatkan kumpulan gabungan Jerman dan Inggeris, yang dilaksanakan di Bavaria, Jerman.

Kami juga mempunyai rekod prestasi dalam mereka bentuk prestasi berpiawai secara khusus bersama dengan sistem, prosedur dan kertas kerja serta merancang dan melaksanakan sistem pengurusan kecekapan.

Contoh Program Latihan yang kami laksanakan yang menjurus kepada kelayakan yang diiktiraf termasuk:

  • Bagi Penilai Kecekapan:
    • Anugerah Tahap 3 dalam Menilai Kecekapan dalam Persekitaran Kerja (City & Guilds). Kelayakan ini direka buat mereka yang menilai orang lain dari segi kecekapan dan prestasi berpiawai dengan menilai kerja sebenar, dalam persekitaran kerja sebenar.
  • Bagi Penilai Kualiti Dalaman (Pegawai Pengesah Dalaman):
    • Anugerah Tahap 4 dalam Penilaian Kualiti Dalaman bagi Proses dan Amalan Penilaian (City & Guilds). Kelayakan ini adalah bagi mereka yang dipertanggungjawabkan dari segi jaminan kualiti dan pengurusan mantap sistem kelayakan serta menjamin tugas penilai yang berkesan.
  • Bagi Pengurus:
    • Sijil Tahap 3 Kepimpinan dan Pengurusan (ILM). Kelayakan ini ialah program berstruktur pembangunan pengurusan yang boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan tertentu sesebuah organisasi. Ia dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan kepada pengurus baru dan bercita-cita tinggi, menyediakan asas dalam kemahiran pengurusan, di dalam persekitaran bilik latihan.
  • Bagi Tenaga Pengajar:
    • Kelayakan ini berasaskan bahan kandungan dan dilaksanakan di dalam persekitaran bilik darjah. Ia direka buat mereka yang baru di dalam penyampaian latihan dan merupakan langkah pertama ke arah CTLLS dan DTLLS.

Untuk maklumat lanjut, sila gunakan Borang Perhubungan dan Pertanyaan kami.